BAZARTANI ASSAKINAH AGRO FARM Membekal Peralatan, Ubat-ubatan dan Keperluan Ladang Kambing

Sunday, December 21, 2008

Benih Rumput Napier Taiwan

Benih rumput Napier Taiwan dari batang rumput yang sudah matang. Benih adalah dari batang yang sudah siap dipotong kira-kira 6-8 inci panjang, dengan 2 atau 3 ruas yang sudah mula berakar.

Harga tawaran:
1. RM80 satu guni (kira-kira 20kg).




atau

2. RM300 untuk muatan penuh lori 1 tan


(Nota: Untuk keluasan satu perempat ekar, anda memerlukan kira-kira 8 guni benih Napier)






Rumput Napier Taiwan yang ditanam di Ladang asSakinah Agro Farm



Untuk keluasan tanah yang lebih besar, kami cadangkan anda membuat tempahan pukal, iaitu satu lori. Sila hubungi kami bagi merundingkan harga dan penghantaran.


Cara menanam benih rumput Napier

Kawasan tanah yang hendak ditanam rumput Napier haruslah dipersiapkan dengan batas-batas, dengan tanahnya digembur dan dibajakan secukupnya. Tanah haruslah cukup lembab sewaktu rumput hendak ditanam serta di awal proses pertumbuhannya.



Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang, berusia melebihi 4 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong sepanjang kira-kira 6 inci setiap satu, dan direndam di dalam air sehingga akarnya mula tumbuh. Setelah itu batang yang telah berakar tadi ditanam secara mendatar di dalam tanah.

Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.




Teknik menanam benih rumput Napier Taiwan



AWAS!!! Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan di tepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mulut.
Blog ini dimiliki oleh:
Eastell Sdn. Bhd. (400874-K)
No. 24B Jalan Jernai 2
Medan Idaman, Jalan Gombak
53100 K.Lumpur

Alamat ladang:
AsSakinah Agro Farm
Lot 2515 Jalan Hj. Mokhtar
Kg. Lubok Kelubi
Batu 19 1/2 Jalan Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tel: 019-2231507
(Suhaimi Md Amin)

Email: assakinahagrofarm@gmail.com



Kembali ke Blog Bazartani